MB Kedah mahu PBT wujudkan klinik undang-undang

MB Kedah mahu PBT wujudkan klinik undang-undang

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mewujudkan klinik undang-undang sebagai pusat aduan rakyat mengenai masalah berkaitan PBT.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), khususnya Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mewujudkan klinik undang-undang sebagai pusat aduan rakyat mengenai masalah berkaitan PBT.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata untuk mewujudkan pusat berkenaan, pihak PBT perlu menjalin kerjasama dengan mana-mana universiti kerana institusi berkenaan mempunyai kepakaran mengenai undang-undang.

“Kalau di luar negara, Law Clinic (Klinik Undang-undang) ini diwujudkan dengan kerjasama universiti untuk menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah yang dihadapi (berkaitan PBT),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Bandar Sejahtera di sini pada Isnin.

Katanya, pusat berkenaan akan bertindak sebagai ‘penapis’ setiap aduan sebelum ia dibawa untuk tindakan undang-undang selanjutnya, kerana tidak semua perkara yang dilaporkan benar-benar relevan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata bagaimanapun ia terpulang kepada Datuk Bandar MBAS tentang bagaimana ingin melaksanakannya.