Dua warga asing dibelasah pasal isteri

Dua warga asing dibelasah pasal isteri

Akibat sering menganggu isteri orang, dua dari enam lelaki warga asing teruk dibelasah sekumpulan penduduk tempatan di Taman Wangsa Permai, Kepong dalam satu kejadian Sabtu malam.

Akibat sering menganggu isteri orang, dua dari enam lelaki warga asing teruk dibelasah sekumpulan penduduk tempatan di Taman Wangsa Permai, Kepong dalam satu kejadian Sabtu malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata dua warga asing itu kini sedang dirawat di hospital dan akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Beliau berkata kejadian itu bermula kira-kira pukul 7 malam apabila suami kepada mangsa yang sering diganggu itu bertemu dengan kumpulan warga asing tersebut untuk berbincang di sebuah taman permainan di taman perumahan itu.

“Warga asing itu datang bersama lima lagi kawannya menyebabkan suami pengadu memanggil rakan-rakannya yang merupakan penduduk taman tersebut,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Rosly berkata semasa pertemuan itu, berlaku sedikit kekecohan menyebabkan warga asing itu ditangkap oleh penduduk taman perumahan itu, manakala lima rakannya yang lain melarikan diri termasuk seorang daripada mereka bersembunyi di kedai makan berhampiran.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Penduduk tempatan yang mengejar kumpulan itu telah menahan seorang daripada mereka yang bersembunyi di kedai makan itu dan menyerahkan kepada pihak polis, katanya.

Beliau berkata walau bagaimanapun beberapa jam kemudian sekumpulan penduduk tempatan yang lain telah pergi ke kedai makan tersebut dan merosakkan kedai itu dengan menggunakan kayu.

“Namun motif mereka merosakkan kedai tersebut tidak diketahui mungkin tidak berpuas hati dengan warga asing kerana mereka sering kelihatan di kedai makan itu,” tambahnya.

Polis telah mengenal pasti beberapa suspek yang dipercayai merosakkan kedai makan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Polis akan menjalankan rondaan yang kerap di kawasan tersebut dan akan menempatkan polis bergerak di situ,” kata Rosly.