MPK anjur seminar pengurusan homestay 2011

MPK anjur seminar pengurusan homestay 2011

Promosi dan kualiti kerja secara tidak langsung dapat meningkatkan nilai serta mutu mana-mana pengusaha homestay dalam menceburi industri itu kelak khususnya di kawasan ini.

Promosi dan kualiti kerja secara  tidak langsung dapat meningkatkan nilai serta mutu mana-mana pengusaha homestay dalam menceburi industri itu kelak khususnya di kawasan ini.

Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Norfiza Mahfiz berkata bagi tujuan itu, majlis akan mengadakan Seminar Pengurusan Homestay Klang 2011 yang akan diadakan pada 25 Mei depan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurutnya, seminar itu secara tidak langsung akan dapat membantu mereka (pengusaha) menjadi pemilik homestay yang berjaya dan dapat bersaing dalam perniagaan itu nanti.

“Mana-mana individu, jawatankuasa penduduk, Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan syarikat yang berminat di minta untuk merebut peluang ini kerana ia akan memberi pendedahan yang berguna kelak.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

”Selain daripada itu, seminar itu juga memberi maklumat yang teratur dan prosedur berkualiti kepada para peserta,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Menurutnya, program itu akan diadakan di Hotel Presscot bermula jam 8 pagi hingga 4 petang dan akan membariskan penceramah dari Kementerian Pelancongan Malaysia, Tourism Selangor Sdn Bhd dan Homestay Sungai Haji Dorani.

Norfiza berkata, orang ramai yang berminat bolehlah menghubungi Bahagian Kebudayaan Dan Pelancongan, Jabatan Korporat di talian 03-33716044 sambungan 1234 atau 1015.