Dua wanita singapura hilang di Taman Negara

Dua wanita singapura hilang di Taman Negara

Dua pelancong wanita warga Singapura dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti “jungle trekking” di kawasan Hutan Taman Negara dekat Kuala Tembeling, Jerantut.

Dua pelancong wanita warga Singapura dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti “jungle trekking” di kawasan Hutan Taman
Negara dekat Kuala Tembeling, Jerantut.

Ketua Polis Pahang Sharifuddin Ab Ghani berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Wendy Zhao, 26; dan Yiling Neo, 20-an, dikatakan melakukan aktiviti itu pada 10 pagi Isnin lepas tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kedua-dua sahabat itu sepatutnya daftar keluar dari tempat penginapan mereka semalam.

“Pihak hotel telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak mendaftar keluar dan dipercayai telah tersesat semasa melakukan aktiviti berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, gerakan mencari melibatkan pasukan keselamatan dan penduduk kampung telah dijalankan sejak petang semalam.
“Sehingga kini mereka belum ditemui dan operasi mencari dan mengesan masih diteruskan sehingga jam 7 petang ini, dan akan disambung semula esok,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Beliau berkata pihak kedutaan Singapura dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan.

– Bernama