Rakyat akan bangun menentang kerajaan pada pilihanraya umum akan datang sekiranya pembangunan prasarana rakyat diabaikan.
Salah satu daripada prasarana yang dimaksudkan ialah pembangunan Masjid Bergosong di Pulau Sebatik, Tawau.
“Masjid lama telah diroboh tetapi masjid baru belum ada tanda-tanda untuk dibina. Penduduk kampung marah kepada saya, mereka memberitahu kerajaan tidak bertanggungjawab dalam pembinaan masjid tersebut,” kata beliau.
Kelewatan perlaksanaan projek tersebut bukan satu-satunya perkara yang menjadi isu, tetapi juga harga kos pembinaan masjid tersebut yang menurut Ghapur, tidak masuk akal.
Harga masjid sebanyak RM 1.085 juta adalah tidak berpatutan kerana masjid tersebut hanya dibina di sebuah pulau, katanya lagi.
Atas sebab itu juga, Ghapur menggesa dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara tersebut.
“Saya minta SPRM menyiasat perkara tersebut, dan adalah tidak masuk akal apabila harga adalah RM1.085 juta. Masjid lama telah diroboh pada bulan Disember tahun lepas, tetapi penduduk di situ terpaksa menggunakan balai raya untuk menjalankan ibadah,” tegas Ghapur yang juga Ketua UMNO bahagian Kalabakan.