Peras ugut: Dua lelaki dipenjara di Sandakan

Peras ugut: Dua lelaki dipenjara di Sandakan

Mereka mengaku memeras ugut seorang wanita yang berusia 22 tahun yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar kawasan Bandar Kim Fung, Batu 4 Sandakan.

Dua lelaki yang sering melakukan jenayah peras ugut di sekitar Sandakan, dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan baru baru ini.

Thien Vun Ket, 30 dan Fong Kah Soon, 26,  telah dijatuhkan hukuman tersebut di hadapan hakim, Indra Haji Ayub.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Mereka mengaku memeras ugut seorang wanita yang berusia 22 tahun yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di sekitar kawasan Bandar Kim Fung, Batu 4 Sandakan.

Jenayah tersebut dilakukan lebih kurang pukul 6.30 pagi pada 28 Februari lepas.

Kegiatan mereka selama ini telah dapat dihidu oleh anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah yang kemudiannya bertindak pantas menangkap mereka.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Gary Louis Supi