Bandar Pauh Putra, Perlis bakal dimajukan

Bandar Pauh Putra, Perlis bakal dimajukan

Perlis akan membangunkan bandar baru Pauh Putra membabitkan kawasan seluas kira-kira 2,000 hektar di Ulu Pauh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis Dr Por Choo Chor berkata sebanyak RM500 juta diperlukan bagi pembangunan kawasan yang dahulunya pernah dicadangkan dengan nama bandar baru Ulu Pauh.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menjawab soalan Yip Sun On pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis, Por berkata antara yang dicadangkan untuk pembangunan Pauh Putra ialah perumahan, institusi pendidikan tinggi, perindustrian, kegiatan komersil, kemudahan awam, institusi kerajaan dan projek bercampur.

Beliau berkata oleh kerana kos pembangunan Pauh Putra tidak mampu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri, permohonan sebanyak RM300 juta telah kemukakan untuk pertimbangan kerajaan Persekutuan di bawah pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Bagaimanapun menurutnya, ia tidak mendapat kelulusan kerajaan Persekutuan dan oleh itu kerajaan negeri mengalu alukan pembabitan sektor swasta bagi memastikan pelaksanaan projek itu berjalan lancar.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Di samping pelaburan swasta, Por berkata kerajaan negeri juga akan mengemukakan permohonan semula untuk pertimbangan peruntukan kerajaan Persekutuan di bawah pusingan kedua RMK10.

Sementara itu, Por berkata kerajaan negeri bercadang menjadikan Padang Besar sebagai Zon Ekonomi Khas (ZEK) bagi memaju pertumbuhan sektor perdagangan sempadan secara lebih dinamik dan dominan di bawah gagasan pertumbuhan segi tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

Antara projek yang telah dan akan dilaksana di Padang Besar ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis Halal Park, depot pelepasan darat, pembangunan hub pengangkutan bersepadu dan pembangunan bercampur, katanya menjawab soalan Dr Shahidan Kassim.

See also  Center for Strategic Research and Discover Russia Showcase Russia’s Tourism Potential at PATA Travel Mart 2026 in Malaysia

Sementara itu, Menteri Besar Dr Md Isa Sabu berkata 14 projek sedang dan telah dilaksanakan di Kuala Perlis bagi mengukuhkan peranannya sebagai pusat pelabuhan maritim, pusat pelancongan dan pusat perdagangan.

– Bernama