Hamisa Samat: Kebebasan membentuk minda

Hamisa Samat: Kebebasan membentuk minda

Ibu bapa harus memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka untuk mempelajari perkara baru yang dapat membantu perkembangan minda anak-anak mereka ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Hamisa Samat.

Ibu bapa harus memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka untuk mempelajari perkara baru yang dapat membantu perkembangan minda anak-anak mereka ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Hamisa Samat.

Walau bagaimanapun katanya, ibu bapa harus memantau kebebasan yang diberikan itu bagi mengelakkan anak-anak mereka terjebak dalam gejala social.

“Ibu bapa tidak boleh menyekat anak-anak daripada melakukan sesuatu aktiviti berdasarkan minat mereka. Bagaimanapun, mereka perlu sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak,” katanya ketika berucap merasmikan Program Komuniti 1Malaysia dan Penembusan Masyarakat (SEJIWA) bersama Komuniti 1Malaysia Kampung Simpang Tiga, Tawau di Perkarangan Kampung Tanah Merah, di sini kelmarin.

Menurut Hamisa, galakkan kepada anak-anak supaya belajar secara lebih aktif adalah perlu bagi membolehkan mereka dapat meransang pemikiran mereka.

See also  Sri KDU’s Arabian Nights musical raises funds for charities

“Ibu bapa wajar memberikan bimbingan secukupnya kepada anak-anak tanpa mengira masa. Selain proses pembelajaran, ibu bapa juga tidak boleh mengabaikan cita-cita dan minat anak-anak,” ujarnya lagi selepas menyampaikan hadiah  kepada  kanak-kanak di Kampung tersebut.

Sehubungan itu Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan berkata, semua pemimpin masyarakat di kawasan Dun Tanjung Batu  perlu mendekati rakyat bagi menjelaskan mengenai dasar kerajaan supaya ia dapat difahami dan memudahkan pelaksanaannya.

Langkah itu juga bertujuan bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diketahui dan diselesaikan dengan pantas dan dengan cara terbaik.

“Pendekatan ‘turun padang’ dapat memberikan ‘sentuhan peribadi’ terhadap masalah rakyat, dapat merapatkan jurang antara masyarakat dengan pemimpin.” katanya lagi sambil menambah bahawa masyarakat perlu melihat pemimpin-pemimpin masyarakat sebagai peka kepada permasalahan yang dihadapi rakyat.

See also  National Children’s Day 2024 celebrates voices of future generations

Hamisa juga meminta agar apa juga kelemahan dalam dasar yang dilaksanakan akan dapat diperbaiki supaya semua masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

 

 

Gary Louis Supi