Bot nelayan pecah dipukul ombak besar

Bot nelayan pecah dipukul ombak besar

Anak-anak kapal warga asing terselamat tetapi terpaksa melarikan diri daripada polis.

Sebuah bot nelayan yang pecah dipukul ombak besar ditemui terdampar di Pantai Tok Jembal berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata empat nelayan asing yang berada dalam bot milik warga tempatan yang didaftar di Johor itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai pada kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan empat orang nelayan asing berenang ke darat dan terus menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Katanya polis menahan seorang daripada nelayan itu yang berasal dari Kemboja di sebuah kedai kopi di Kampung Tok Jembal sejurus selepas kejadian itu.

“Tiga lagi rakannya yang berasal dari Kemboja dan Thailand ditahan berdekatan sebuah sekolah di kampung berkenaan kira-kira pukul 12 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati keempat-empat nelayan yang berusia 23 hingga 27 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Kes disiasat mengikut Sekyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

— Bernama