Taman Titiwangsa ditutup

KUALA LUMPUR – Taman Tasik Titiwangsa telah ditutup kepada orang awam selama setahun bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek River of Life (RoL).

Taman Tasik Titiwangsa telah ditutup kepada orang awam selama setahun bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek River of Life (RoL).

Taman tasik yang paling lama di Kuala Lumpur ini akan mengalami kerja kerja penambahbaikan melibatkan kerja-kerja naik taraf fasiliti serta kemudahan taman.

Walaubagaimanapun laluan khas bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti joging di sekeliling kawasan taman serta laluan ke Institut Latihan DBKL, Pusat Rekriasi Berkuda Kuala Lumpur dan Restoran D’Saji Titiwangsa masih dibuka.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan telah menasihatkan orang awam agar menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan.

See also  Green Sprout Innovation Challenge winners showcase sustainable solutions
Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].