Hiew: Masalah Hospital Labuan perlu ditangani

Hiew: Masalah Hospital Labuan perlu ditangani

Masalah tahap perkhidmatan Hospital Labuan sudah lama menjadi rungutan penduduk di sekitar Pulau Labuan yang mahukan pembaharuan dilakukan serta merta untuk kesejahteraan semua.

Hospital Labuan yang mengalami masalah kekurangan kakitangan dan peralatan perubatan memberi kesan yang buruk kepada penduduk-penduduk di pulau itu.

Perkara ini sudah lama menjadi rungutan penduduk di sekitar Pulau Labuan yang mahukan pembaharuan dilakukan terhadap tahap perkhidmatan di hospital tersebut.

Baru-baru ini, Penasihat Parti Demokratik (DAP) Sabah, Dr. Hiew King Cheu dan Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Edward Ewol Mujie yang ditemani oleh ahli-ahli DAP lain, telah melawat Hospital Labuan dengan tujuan meninjau kebenaran aduan-aduan yang diterima daripada rakyat di pulau tersebut.

Hasil daripada lawatan tersebut, mereka mendapati bahawa aduan-aduan tersebut ternyata benar dan memerlukan perhatian segera daripada pihak berkuasa.

Menurut Hiew, masalah kekurangan kakitangan yang dikenalpasti adalah doktor dan juga juruteknik am.

See also  Ipoh City Council ensures food safety ahead of Deepavali

Hiew berkata: “ Carta organisasi yang terletak di hadapan pejabat utama pentadbiran hospital sudah cukup bagi menjelaskan bahawa terdapat banyak kekurangan doktor dan juruteknik.”

Sebelum ini, Hiew telah dimaklumkan bahawa Hospital Labuan hanya mempunyai dua orang doktor pakar serta beberapa orang doktor yang masih baru, dan kebanyakkan jabatan pula menghadapi masalah mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada.

“ Keadaan ini adalah kritikal kerana terdapat banyak kes-kes serius yang terpaksa dipindahkan ke hospital Kota Kinabalu untuk rawatan . Masa yang dihabiskan untuk perjalananyang jauh tersebut tentunya mengakibatkan lebih banyak masalah kepada pesakit.” kata Hiew yang juga menyatakan bahawa perkhidmatan helikopter kecemasan adalah terhad.

Jabatan Radiologi juga dikatakan menghadapi masalah kekurangan kelengkapan-kelengkapan seperti pengimbas CT dan MR serta alat pengimbas kecil untuk kes-kes kritikal yang memerlukan pengimbasan segera.

See also  SpaceGut launches Malaysia's first AI gut health test kit

“Pengimbasan sebegini harus dilakukan di Labuan dan bukannya di Kota Kinabalu untuk mengenal pasti punca penyakit atau kecederaan,” ujar Hiew.

Hiew berpendapat bahawa penduduk Labuan selayaknya menerima perkhidmatan serta kemudahan perubatan sepertimana yang terdapat di Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain di Malaysia.

Kementerian Kesihatan harus melihat kekurangan yang diperlukan oleh Hospital Labuan dan menguruskan doktor-doktor pakar tambahan serta kakitangan-kakitangan lain untuk ditempatkan di hospital ini,” kata Hiew yang turut menyatakan beliau akan menemui Menteri Kesihatan untuk membangkitkan masalah-masalah yang dihadapi di hospital tersebut.


Gary Louis Supi