Penduduk resah lif sering terhempas

Penduduk resah lif sering terhempas

Penduduk di Blok D Apartmen Taman Medan Jaya tidak mahu kejadian lif terhempas sering berlaku berulang kembali.

Penduduk di Blok D Apartmen Taman Medan Jaya tidak mahu kejadian lif terhempas sering berlaku berulang kembali.

Ia berikutan masalah yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu kini dilihat semakin serius.

Rata-ratanya penduduk ditemui Komunitikini ketika melakukan tinjauan semalam nyata tidak berpuas hati dengan keadaan itu.

Penduduk, Ismail Abd Hamid, 67, berkata, sebelum seminggu yang lalu pernah berlaku isu lif terhempas dari tingkat tujuh hingga ke tingkat lima.

Menurutnya, ketika kejadian terdapat penduduk di dalamnya, namun mujur tiada sebarang kecederaan berlaku.

Difahamkan, sebelum ini penduduk sudah mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Hee Loy Sian bagi membincangkan masalah berkenaan.

“Perkara ini sudah lama berlaku, namun apa yang kami kesalkan usaha untuk membaik pulihnya tidak pernah dibuat.

See also  Gen Starz Residences brings vibrant living to Old Klang Road

Sementara itu seorang lagi penduduk, Nur Izati Kamarudin, 35, berkata, meskipun dia hanya tinggal menyewa di situ, namun isu tersebut cukup membimbangkannya.

“Saya kerja shif balik dah lewat malam, jadi memang takut sebab naik lif seorang diri kalau ada apa-apa berlaku memang tidak ada sesiapa yang tahu,” katanya

Menurutnya, kadang-kadang lampu di dalam lif juga tidak berfungsi dan ia menyukarkan penduduk.

Sementara itu, penduduk, Mohd Nor Osman, 37, berkata, penduduk yang tinggal di tingkat atas terutama tingkat 15 dan 16 akan menghadapi masalah sekiranya lif rosak.

“Sekarang hanya ada satu lif sahaja berfungsi, jadi kalau lif itu rosak maka terpaksa guna tanggalah jawabnya,” katanya.

See also  Triterra wins big at Property Guru Asia Awards