Majlis Bandaraya Ipoh tidak berdiam diri dalam menangani isu jualan ais batu

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyatakan bahawa isu jualan ais batu tanpa lesen di Pasar Borong Ipoh seperti yang didakwa akan ditangani dengan serius.

Majlis Bandaraya Ipoh
Gambar hiasan. Photo: Berita Harian Online

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyatakan bahawa isu jualan ais batu tanpa lesen di Pasar Borong Ipoh seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak akan ditangani dengan serius.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh MBI, perbincangan telahpun bermula dari tahun 2021 yang lalu melibatkan pihak-pihak yang berkenaan.

Antara pihak yang terlibat adalah Persatuan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Persatuan Peniaga Ikan, Persatuan Sayur Pasar Borong, Jabatan Imigresen dan SPRM.

Berikutan daripada perbincangan yang diadakan, pihak persatuan pemborong ikan pasar borong telah menawarkan diri menjadi pengedar dan pembekal ais batu secara sah di kawasan pasar borong berkenaan.

Hasrat persatuan tersebut telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pelesenan, Penguatkuasaan & Penjaja Kecil Majlis pada 8 Februari 2022 yang lalu.

See also  Sri Muniswarar Temple brings Deepavali joy to the needy

Tanpa mengenepikan peniaga ais batu yang sedia ada, Majlis melalui Jawatankuasa Penasihat Pelesenan, Penguatkuasaan & Penjaja Kecil telah bersetuju meluluskan permohonan Persatuan Peniaga Ikan Pasar Borong sebagai pembekal ais batu secara sah di pasar borong berkenaan.

Majlis Bandaraya Ipoh
Pasar Borong Ipoh

Pihak persatuan telahpun memulakan operasi membekalkan ais batu di kawasan berkenaan dan sehingga kini tiada isu berbangkit di pasar borong berkenaan.

MBI sentiasa peka dan prihatin terhadap sebarang masalah yang timbul dan mencari penyelesaian segera terhadap apa saja masalah berkaitan.

Pada tahun 2021, MBI telah memberi amaran lisan dan surat amaran kepada peniaga ikan yang menjual ais tanpa lesen di Pasar Borong Ipoh.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, tindakan itu telah diambil pada 2021 dan peniaga tersebut yang berbuat demikian sejak tujuh tahun lepas, tidak lagi menjual ais

See also  D'Tandoor Group hosts Hi-Tea for Breast Cancer Awareness Month

Isu peniaga ikan itu menjual ais tanpa lesen menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga lain kerana dilihat menindas peniaga Bumiputera, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.

Mengulas lanjut, Rumaizi berkata siasatan mendapati peniaga ikan itu dilantik oleh Persatuan Pemborong Ikan untuk membekalkan ais kepada peniaga ikan di pasar tersebut pada harga lebih murah berikutan harga yang ditawarkan oleh peniaga ais tunggal di situ dikatakan terlalu tinggi.

Menurutnya beliau juga pernah mencadangkan agar lesen perniagaan ais diberikan kepada peniaga lain namun permohonan lesen peniaga terbabit ditolak kerana ketiadaan slot di pasar itu.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].