Pusat rekreasi Dataran Muda untuk penduduk Taman Medan

Pusat rekreasi Dataran Muda untuk penduduk Taman Medan

Penduduk Taman Medan boleh memanfaatkan sepenuhnya masa lapang mereka dengan aktiviti riadah dan bersukan apabila Dataran Muda yang mengandungi kemudahan serta kelengkapan sukan seperti gelanggang futsal di PJS1 di sini dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun hadapan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Datuk Mohammad Roslan Sakiman berkata, apa yang diharapkan dataran yang dibina secara berperingkat ditapak seluas 0.5 hektar itu dapat memenuhi permintaan penduduk di kawasan berhampiran yang sememangnya memerlukan pusat-pusat rekreasi.

Menurutnya, dataran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu juga diharap dapat digunakan sepenuhnya bukan sahaja penduduk PJS1 tetapi juga seluruh Petaling Jaya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Kami sendiri menyedari kekurangan pusat rekreasi dan riadah terutama di PJS1 dan kami sentiasa berusaha ke arah itu dengan merancang lebih banyak pusat seumpamanya.

See also  Paramount Cup 2026 expands pickleball reach with community impact

“Pembinaan pusat seumpama ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat, tetapi juga merapatkan hubungan,” ujarnya baru-baru ini.

Dalam masa sama, Mohammad Roslan turut memaklumkan keputusan cadangan majlis menjadikan Stadium Hoki di Jalan Selangor untuk dijadikan sebagai dewan serba guna masih dalam pertimbangan.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Kami menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang membantah cadangan tersebut dan meminta ia terus dikekalkan, tidak kurang yang bersetuju.

“Apa pun keputusan hanya boleh diketahui dalam bulan ini (selepas sambutan hari raya Aidilfitri) setelah perbincangan diadakan dengan pihak berkepentingan,” ujarnya.