Nestlé Cares & MAGGI bawa keberkatan Ramadan kepada rumah amal

MAGGI® berkongsi juadah buka puasa yang lazat untuk rakyat Malaysia yang memerlukan menerusi program bubur lambuk MAGGI®, dengan lebih daripada 188,400 mangkuk bubur lambuk diagihkan di seluruh negara.

Nestlé Cares & MAGGI bawa keberkatan Ramadan kepada rumah amal

Berbekalkan semangat untuk beramal di bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® berkongsi juadah buka puasa yang lazat untuk rakyat Malaysia yang memerlukan menerusi program bubur lambuk MAGGI®, dengan lebih daripada 188,400 mangkuk bubur lambuk diagihkan di seluruh negara.

Inisiatif tahunan oleh MAGGI® ini adalah sebahagian daripada program Nestlé Cares yang bertujuan membawa kesan positif kepada masyarakat setempat.

Bagi memulakan inisiatif tahun ini, lebih 70 warga emas di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Kajang dan 20 anak yatim dari Rumah Nur Kasih Bestari telah dijamu dengan juadah berbuka puasa tradisional kegemaran ramai iaitu bubur lambuk yang disediakan istimewa oleh anggota pasukan kepimpinan MAGGI® dan Nestlé Malaysia menggunakan ramuan segar dan produk-produk MAGGI®.

Nestlé Cares & MAGGI bawa keberkatan Ramadan kepada rumah amal

Sebelum itu, lebih daripada 40 sukarelawan Nestlé Cares telah bergotong-royong untuk membersihkan Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dan kawasan sekitarnya. Di samping itu, para sukarelawan juga membersihkan kebun sayur di rumah tersebut yang membekalkan hasil segar tanaman sendiri untuk para penghuni.

Memandangkan kebun tersebut tidak dimanfaatkan sepenuhnya dan tiada sistem pengairan yang sewajarnya, para sukarelawan telah bekerjasama dengan komuniti pekebun Perumahan Awam Seri Perlis yang tampil untuk menyediakan infrastruktur dan berkongsi kepakaran dalam pertanian komuniti bandar untuk menambah baik kebun dan juga landskapnya. Mereka juga berkongsi petua tentang cara menjaga kebun sayur.

See also  Tealive pledges one million free school meals

Untuk menceriakan lagi suasana Raya yang bakal disambut kelak, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia juga menerima barangan dan peralatan baharu seperti set tilam dan tuala, permaidani, sistem bunyi baharu dan juga bekalan produk makanan dan minuman Nestlé untuk tempoh setahun.

Nestlé Cares & MAGGI bawa keberkatan Ramadan kepada rumah amal

Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “Dengan niat untuk beramal dan berkongsi keberkatan pada bulan Ramadan yang mulia ini, kami berharap sumbangan kecil kami dapat membawa keceriaan kepada para penghuni rumah ini.

Di samping itu, dengan penambahbaikan kebun sayur Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, kami berharap ini dapat membantu para penghuni mengamalkan amalan pemakanan sihat, sejajar dengan matlamat kami untuk menggalakkan amalan pemakanan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi inisiatif bubur lambuk MAGGI® dan program Nestlé Cares, kami akan terus menyumbang kepada masyarakat dan membekalkan makanan kepada golongan yang memerlukan.”

See also  Rohto-Mentholatum celebrates 135 years with RM135K donation drive
Nestlé Cares & MAGGI bawa keberkatan Ramadan kepada rumah amal

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, menambah, “Sempena kempen ‘Kongsi Resipi Kongsi Rezeki’ Ramadan, kami sangat berbesar hati diberi peluang menyantuni para penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia dan Rumah Nur Kasih Bestari untuk acara berbuka puasa.

Inisiatif kami berkongsi rezeki dengan menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat berkhasiat sempena bulan puasa kini menjadi tradisi tahunan dan kami akan terus mengeratkan hubungan kami dengan rakyat Malaysia menerusi hidangan yang menyelerakan, sambil berpegang kepada komitmen kami terhadap program ‘Cook the Difference’ dan menghasilkan kesan positif kepada masyarakat.”

Menerusi Nestlé Cares, Syarikat menerajui dan menyokong pelbagai inisiatif sepanjang tahun yang bertujuan memberikan sumbangan positif kepada pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan masyarakat yang memerlukan di Malaysia, di samping menganjurkan program-program lain.

Avatar photo

CJMY

For any inquiries or to submit a press release, please send an email CJ Editor at [email protected].