Presiden Jalur Tiga (JATI), Hasan Ali mendakwa bahawa terdapat satu gerakan proselitasi Kristian yang sedang giat dalam memurtadkan umat Islam di negara ini.
Baru-baru ini, beliau telah mendedahkan dua buah video tentang bagaimana gerakan ini memesongkan akidah segelintir masyarakat Islam.
Video tersebut mengandungi pengakuan seorang individu yang bernama Ramli Bin Abdullah ( bukan nama sebenar ), mendedahkan modus operansi gerakan proselitasi dalam menyesatkan akidah umat Islam.
Dalam video tersebut, Ramli menerangkan bagaimana bantuan kewangan,moral dan tempat tinggal disediakan bagi mereka yang berpotensi dalam meninggalkan agama Islam.
Hasan menegaskan bahawa dalam masa 3 tahun 11 bulan beliau menubuhkan Unit Selamatkan Akidah ( USA ) beliau telah mengambil inisiatif dalam menolong golongan golongan tersebut, apabila ditanya wartawan samada beliau gagal memainkan peranannya sebagai exco dalam hal ehwal agama Islam sebelum dipecat.
Beliau juga berpendapat bahawa proselitasi Kristianisasi di kalangan umat Islam negara ini harus dibendung dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Hassan, dengan nada sinis menerangkan bahawa menteri besar Selangor bertanggungjawab dalam hal agama di Selangor dan memperuntukkan bajet kecil dalam belanjawan negeri dalam usaha mencegah amalan murtad di Selangor.
Beliau juga menggesa menteri besar Selangor menjadi lebih objektif dan fokus dalam menjawab isu murtad yang dibangkitkan dalam Dewan Rakyat.