Kerajaan hilang keyakinan

Kerajaan hilang keyakinan

Pelabur-pelabur asing, tempatan serta rakyat telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Pusat dibawah Barisan Nasional berikutan beberapa pusingan balik atau U-turn terhadap polisi-polisi sendiri. Pemimpin Barisan Nasional sendiri mencurigai polisi buatan mereka sehingga beberapa pusingan balik dilakukan.

Menurut Ahli Parlimen Klang Charles Santiago ekonomi Malaysia masih berhadap di tahap yang parah kerana kejatuhan pelaburan asing kenegara. Dahulunya kita berasing dengan Jepun, Korea , Taiwan kini pula dengan Vietnam dan Kemboja jangan-jangan kita akan berdepan dengan Myanmar tahun akan datang. Ketika berucap dalam forum GST anjuran pejabatnya beliau menegaskan kepincangan pengurusan kewangan serta aktiviti rasuah antara yang harus kita tangkisi.

Jurang antara kaya miskin adalah amat lebar di Malaysia memandangkan kita menduduki tangga Kedua selepas Papua New Guinea jelas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim. Beliau juga berpendapat GST adalah suautu kepincangan 1 Malaysia kerana ianya mengorbankan rakyat.

Kerajaan Barisan Nasional telah gagal dalam ujian kata Presiden MTUC Syed Shahrir berikutan kegagalan mereka menlaksanakan pembangunan system pengangkutan awam seperti diura-urakan ketika mengurangkan subsidi minyak pada tahun 2006.

Ikuti laporan video yang dibawa khas oleh wartawan masyarakat S Arikrishnan bersama R Rajes.

Arikrishnan