50 pembantu pengajar bahasa Inggeris dari AS tiba semalam

50 pembantu pengajar bahasa Inggeris dari AS tiba semalam

Kumpulan terakhir seramai 50 orang pengajar bahasa Inggeris (ETA) Fulbright dari Amerika Syarikat, tiba di KLIA, petang semalam untuk memulakan tugasan mereka selama 10 bulan di Terengganu, Johor dan Pahang.

Kumpulan terakhir seramai 50 orang pengajar bahasa Inggeris (ETA) Fulbright dari Amerika Syarikat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, petang semalam untuk memulakan tugasan mereka selama 10 bulan di Terengganu, Johor dan Pahang.

Mereka akan berada di Malaysia untuk memperkaya dan meningkatkan pengarahan bahasa Inggeris di sekolah menengah dengan menyediakan penceramah bahasa itu sebagai contoh siapa yang boleh menawarkan maklumat dan pemahaman dalam masyarakat dan budaya Amerika Syarikat.

“ETA akan menyumbang dengan menganjurkan kelab dan aktivtiti kurikulum tambahan yang akan dijalankan dalam bahasa Inggeris,” menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat semalam.

Ia juga akan mendapatkan pemahaman mendalam mengenai budaya Malaysia dengan tinggal dan bekerja di bandar dan bandar raya di Terengganu, Johor dan Pahang, menurut kenyataan itu.

See also  APU student wins big with wonderland-inspired chair

Objektif ETA adalah untuk memenuhi hasrat program Fulbright, meningkatkan persefahaman bersama antara rakyat Amerika Syarikat dan warga negara lain di dunia bagi menjalin keamanan sejagat.

ETA mempunyai tiga program tahun ini berdasarkan komitmen bersama antara Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperluaskan program pertukaran rakyat-ke-rakyat kedua-dua negara.

Program itu ditadbir bersama oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai Pertukaran Pelajaran (Macee) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

“ETA dari universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat dan mewakili pelbagai bidang utama yang luas dan akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di setiap daerah di tiga negeri itu.

“Setiap ETA akan mempunyai hubungan langsung, kekal dengan beratus-ratus pelajar di sekolah mereka,” menurut kenyataan itu.

See also  MPH Bookstores returns to Alamanda Shopping Centre

Dalam memberikan sumbangan kemahiran dan keazamannya untuk pengajaran, ETA membawa bantuan teknikal tambahan untuk sekolah mereka seperti pakar-pakar bahasa bagi mengajar guru dan menasihatkan mengenai kurikulum serta bahan terkini bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) secara percuma oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

– Bernama