Isu tanah adat adalah satu isu yang amat penting dan ianya tidak mengenal warna politik ujar pakar tanah adat dari Sabah, Kong Hong Ming.
Kong berucap di majlis forum hak-hak warganegara di hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu pada 10 Jun 2012.
Majlis tersebut yang dihadiri seramai lebih kurang 500 orang, dianjurkan oleh Biro Pemantapan dan Pemurnian Aqidah, Parti Keadilan Rakyat, Sabah.