Van keselamatan dilarikan bersama wang RM1.9 juta

Van keselamatan dilarikan bersama wang RM1.9 juta

Sebuah van keselamatan yang membawa kira-kira RM1.9 juta dilarikan lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol di Ijok, semalam.

Sebuah van keselamatan yang membawa kira-kira RM1.9 juta dilarikan lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol dalam
satu rompakan di sebuah stesen minyak di pekan Ijok, Kuala Selangor semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, tiga pengawal termasuk seorang pemandu van membawa wang itu untuk dimasukkan ke dalam mesin pengeluaran wang
automatik (ATM) sebuah bank di stesen minyak tersebut.

Van yang baru tiba di stesen itu telah dihampiri sebuah Proton Perdana dengan kesemua suspek mengacukan pistol ke arah pemandu van dan pengawal keselamatan dan mengarahkan mereka keluar sebelum melarikan van bersama wang
itu, kata Mohd Adnan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn citizen journalism with AI tools, get published on cj.my, and earn up to RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting July 2026 · KL / JB / Penang

Beliau berkata salah seorang daripada suspek memandu van itu, manakala empat lagi suspek mengekori van itu dengan menaiki Proton Perdana.

Pengawal keselamatan syarikat terbabit telah membuat laporan polis. Sejam selepas kejadian, polis menemui sebuah van yang telah dibakar dan tinggal rangka, dipercayai van keselamatan berkenaan, di tepi belukar kira-kira satu kilometer dari stesen minyak itu.

– Bernama