‘Ibu tunggal’ daif mohon bantuan JKM, wakil rakyat

‘Ibu tunggal’ daif mohon bantuan JKM, wakil rakyat

Seorang ‘ibu tunggal’ menetap di Kampung Lanchong Jaya Baru memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), wakil rakyat dan pihak berwajib memberikan pertolongan dan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan dihadapi menjelang perayaan Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi.

Seorang ‘ibu tunggal’ menetap di Kampung Lanchong Jaya Baru memohon Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), wakil rakyat dan pihak berwajib memberikan pertolongan dan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan dihadapi menjelang perayaan  Aidilfitri bakal tiba  tidak lama lagi.

Hayati Semat, 46, berkata beliau tinggal bersama dua orang anak lelakinya berusia 15 dan 11 tahun yang masih bersekolah dan memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM700 sebulan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Setakat ini saya hanya menerima sumbangan dan bantuan daripada jiran dan ahli keluarga terdekat, katanya memperolehi sumber pendapatan bekerja sebagai pembantu membersih masjid di Seksyen 27, Shah Alam.

Ditanya sama ada pernah memohon bantuan, beliau memberitahu pernah memohon mendapatkan bantuan Pusat Zakat Selangor pada tahun lalu.

Tetapi ditolak atas sebab pemohon tidak menepati garis panduan kelayakan asnaf fakir miskin ditetapkan Majlis Fatwa, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ujarnya.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

“Saya tidak mempunyai kenderaan untuk berulang alik terpaksa meminta bantuan jiran dan kenalan bila mereka tidak bekerja,” jelasnya.

Tinjauan Komunitikini di bahagian belakang rumahnya mendapati keseluruhan struktur bahagian dapur dibina dengan kayu papan lapis.

“Saya bimbang nyawa anak-anak terutama sekali pada waktu malam dan ketika hujan lebat.

“Lebih 10 tahun kami hidup dalam ketakutan, pernah dua kali ular sawa masuk rumah kami, nasib baik tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.