Kereta rempuh bilik tidur, pasangan warga emas terselamat

Kereta rempuh bilik tidur, pasangan warga emas terselamat

Seorang warga emas tidak menyangka tindakannya ke dapur untuk mendapatkan segelas air telah menyelamatkan nyawanya apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh bilik tidur di rumahnya di Jalan Kamaruddin di sini malam tadi.

Jamillah Abdul Rahman, 63, berkata kejadian pada 10.30 malam itu berlaku hanya beberapa saat setelah beliau meninggalkan bilik tidurnya.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Saya tidak percaya setelah melihat sebuah kereta dalam bilik saya,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya.

Jamillah berkata suaminya Wan Harun Awang, 64, yang baru pulang daripada menunaikan solat terawih, juga bernasib baik kerana berada di ruang tamu ketika itu.

Wan Harun membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan merancang untuk membaiki rumah secepat mungkin.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Pemandu kereta Proton Wira itu, Mohd Shah Isniza Ismail, 20an, berkata kejadian berlaku kerana dia ketika itu tergesa-gesa untuk pergi ke rumah tunangnya.

“Entah bagaimana saya hilang kawalan kereta,” katanya.

– Bernama