MPK anjur seminar kelestarian pembangunan 2011

MPK anjur seminar kelestarian pembangunan 2011

Seminar bertemakan ‘wacana ilmu perancangan bandar masa depan’ akan diadakan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 19 dan 20 Julai ini, ujar Pengarah jabatan komunikasi dan pengaduan awam MPK, Norfiza Mahfiz.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan Seminar Perancangan Bandar Dan Pembentukan Kehidupan Mampan bertempat di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 19 dan 20 Julai ini.

Pengarah jabatan komunikasi dan pengaduan awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata seminar bertema ‘wacana ilmu perancangan bandar masa depan’  diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan informasi terkini kepada peserta mengenai idea, kemahiran teknologi serta maklumat di dalam merancang dan menguruskan pembangunan bandar dengan lebih mampan.

Menurutnya seminar berkenaan juga bakal dihadiri oleh perancang bandar, artikek, jurutera, agensi profesional serta pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam mencorakkan identiti pembangunan bandar dan kelangsungan sosiobudaya.

”Orang ramai dijemput menghadiri seminar ini kerana ia memberi manfaat khususnya dalam merealisasikan perancangan bandar yang sejahtera dan selamat.

See also  Taylor’s University climbs to 36th in QS Asia rankings,

”Malah ia juga bakal menampilkan ahli panel yang berpengalaman terutama dalam perancangan dan pembangunan bandar di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Norfiza berkata antara panel pembentang ialah Pengarah Bahagian Dasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Jamri Suri, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dan Presiden Malaysian Institute of Planners, Norliza Hashim.

“Sesiapa yang berminat untuk menyertai seminar boleh menghubungi urusetia di talian 03-33757833/7850/7840/7835/7834/7839 untuk urusan pendaftaran,” katanya.