1Murid 1Sukan galak pelajar amal cara hidup sihat

1Murid 1Sukan galak pelajar amal cara hidup sihat

Aktiviti sukan akan menyihatkan seseorang dan dapat mencegah penyakit serta membawa manfaat sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Aktiviti sukan akan menyihatkan seseorang dan dapat mencegah penyakit serta membawa manfaat sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Datu Nasrun, berkata demikian ketika merasmikan Maraton 1Murid 1Sukan di SMK Agaseh, di sini, pada Sabtu lalu.

Nasrun berkata, dasar 1Murid 1Sukan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bertujuan untuk menggalakkan pelajar mengamalkan cara hidup yg sihat dan aktif.

“Dasar ini juga untuk menyeimbangkan perkembangan fizikal dan mental seseorang pelajar, dan juga dapat memupuk kerja kumpulan antara pelajar.  Cara hidup yang sihat dan aktif akan menghasilkan pelajar cemerlang dan mencegah mereka daripada sebarang penyakit yang mungkin akan mengganggu pembelajaran mereka,” katanya.

See also  Belleview triumphs at Piala Ketua Menteri Pulau Pinang

Nasrun menambah bahawa guru-guru dan ibu bapa juga perlu mengawasi anak-anak mereka ketika aktiviti sukan bagi mengelak daripada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, lebih daripada 2,500 pelajar, 180 guru-guru dan 100 ibu bapa menyertai marathon SMK Agaseh tersebut.

 

Clifford Jeffery