Universiti Malaysia Terengganu atur langkah pacu aktiviti penyelidikan

Universiti Malaysia Terengganu atur langkah pacu aktiviti penyelidikan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memacu aktiviti penyelidikan yang menitikberatkan kualiti dan hasil penyelidikan serta melaksanakan strategi projek untuk menyelesaikan masalah pelbagai disiplin.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan memacu aktiviti penyelidikan yang menitikberatkan kualiti dan hasil
penyelidikan serta melaksanakan strategi projek untuk menyelesaikan masalah pelbagai disiplin.

Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata UMT akan turut mempertingkat serta memantapkan sistem mentor-mentee di kalangan penyelidik dan memperkenalkan kod etika penyelidikan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Enam bidang utama yang akan diberi perhatian ialah Oseanografi dan Sains Marin, Persekitaran Mapan, Pembangunan Sosio-Ekonomi, Bioteknologi Marin, Akuakultur dan Keselamatan Makanan.

“Pada tahun-tahun akan datang, pihak universiti akan berusaha untuk memperuntukan geran penyelidik dalaman bagi membantu penyelidik muda memulakan penyelidikan mereka,” katanya pada majlis Anugerah Malim Ilmu UMT 2011 di sini malam tadi.

Pada majlis itu, 106 penyelidik UMT menerima anugerah dan insentif mengikut kategori yang ditawarkan dengan nilai keseluruhan insentif berjumlah RM83,475.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →
See also  AIA PUBLIC Takaful expands scholarship programme with RM3.2 million commitment

Aziz berkata kolaborasi penyelidikan antara penyelidik UMT dengan penyelidik negara lain akan diutamakan bagi membuka langkah menuju ke arah penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga ahli sains UMT memenangi satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada pertandingan International Exhibition Of Inventions Of Geneva pada 6 April lepas.

Pegawai Sains dari Institut Marin Bioteknologi UMT Thirukanthan Chandra Segaran memenangi anugerah khas pingat emas Pertubuhan Harta Intelek Dunia menerusi ciptaannya “Scalogel: Topical Wound Care Management” iaitu satu produk untuk menyembuhkan luka dengan cepat iaitu 16 hari berbanding 21 hari bagi ubat biasa.

“Saya mengambil masa setahun bagi menghasilkan produk berkenaan dan kini sedang menunggu untuk memasuki pasaran mulai tahun hadapan,” katanya.

See also  Teacher’s innovation keeps Orang Asli students’ education moving forward

Thirukanthan juga menghasilkan produk GammaPlus yang memenangi pingat perak manakala Timbalan Pengarah Institut Akuakultur Tropika Prof Madya Dr Anuar Hassan menghasilkan produk “A Re-circullating Multipurpose Fish Egg Incubator” iaitu mengenai penetasan telur ikan, juga memenangi pingat perak.

Dr Mohd Nizam Lani pula menghasilkan produk “Le’Ro Rosselle Leather” iaitu sejenis gula-gula getah yang boleh dimakan dan ditelan.

Pada pertandingan itu, 45 buah universiti di seluruh dunia melibatkan 765 peserta mempamerkan hasil penyelidikan masing-masing.

– Bernama