Jangan lupa persiapkan Visa! kembara@backpacker

Jangan lupa persiapkan Visa! kembara@backpacker

Salah satu perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang perjalanan ke luar negara adalah memastikan negara yang kita akan kunjungi memerlukan visa atau tidak.

Salah satu perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang perjalanan ke luar negara adalah memastikan negara yang kita akan kunjungi memerlukan visa atau tidak.

Seperti yang kita tahu, negara ‘bebas visa’ adalah negara yang tidak memerlukan visa, hanya memerlukan pasport untuk memasuki negara tersebut.

Apa itu visa? Visa adalah sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah negara bagi memberi keizinan kepada seseorang (pelawat luar) untuk masuk ke nagara tersebut dalam tempoh waktu dan tujuan tertentu.

Bukan semua negara memerlukan visa dari pelawat luar dan bukan semua negara yang mengenakan visa, memerlukan visa setiap dari pelawat luarnya.

Sebagai contoh, pelancong Malaysia yang mahu ke Thailand tidak memerlukan visa. Sebaliknya jika mahu ke China, mereka perlu memohon visa. Ini kerana kerajaan China mengenakan visa ke atas rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke negaranya, tetapi Thailand tidak.

See also  Explore Asia’s top cities for just RM100 with Agoda

Satu lagi contoh, United Kingdom (UK) tidak memerlukan visa dari rakyat Malaysia tetapi lain pula halnya dengan rakyat Indonesia, mereka perlu memohon visa untuk memasuki UK.

Keperluan visa dari sesebuah negara yang dikenakan ke atas sesebuah negara adalah bergantung kepada perjanjian dua hala negara terbabit.

Untuk memohon visa, anda boleh melawat laman web kedutaan atau terus sahaja memohon di kedutaan yang berkenaan. Tempoh normal untuk visa disiapkan adalah empat hari pada waktu bekerja. Jadi jika merancang untuk ke negara yang memerlukan visa, persiapkanlah visa anda seawal mungkin.

Apa pula ‘visa in arrival’ (VOA)? VOA adalah visa yang hanya perlu dipohon semasa tiba di lapangan terbang di negara yang dikunjungi. Tidak perlu mengajukan permohonan visa di kedutaan di negara asal, terus sahaja berurusan di lapangan terbang negara berkenaan. Biasanya VOA ini hanya untuk kunjungan singkat seperti melancong antau kunjungan sosial.

See also  Trip.com Malaysia hosts inaugural ‘Green Travel Fun Run’

VOA juga hanya dikenakan kepada sesetengah negara sahaja. Sebagai contoh, bagi kunjungan tidak lebih dari 30 hari, pelancong dari Australia perlu memohon VOA untuk memasuki Indonesia tetapi pengunjung dari Malaysia dikecualikan, memadai dengan menggunakan pasport sahaja.

Untuk memeriksa sama ada negara yang anda akan kunjungi memerlukan visa atau tidak, anda boleh berbuat demikian di laman web ini, Project Visa (http://projectvisa.com/)