Tahun melawat Malaysia 2014 bermula!

JOHOR BAHRU – Selain mengalu-alukan para pelancong asing yang tiba di Malaysia pada Januari 1, 2014, sambutan khas ini juga adalah untuk memastikan mereka merasai keistimewaan sambutan TMM 2014.[VIDEO]

Exco Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor, YB Datuk Tee Siew Kiong menyambut ketibaan pelancong-pelancong yang masuk ke Malaysia melalui Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral, Johor Bahru sebagai simbolik bermulanya sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 bagi peringkat Negeri Johor.

Antara elemen menarik dalam acara sambutan ini adalah persembahan Flash Mob, Laughter Yoga dan Amazing JB City Bike Ride dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Orang Johor Cycling Team (OJCT).

“Selain mengalu-alukan para pelancong asing yang tiba di Malaysia pada Januari 1, 2014, sambutan khas ini juga adalah untuk memastikan mereka merasai keistimewaan sambutan TMM 2014,” kata Datuk Tee Siew Kiong di acara sambutan khas tersebut.

See also  Explore Asia’s top cities for just RM100 with Agoda

Untuk makluman, maskot MTT 2014 adalah ‘Proboscis Monkey’.  Penggunaaan binatang ini sebagai maskot adalah untuk menghargai dan memelihara hidupan liar di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelancong asing mengenai haiwan istimewa ini dengan mengiktiraf anugerah alam semula jadi ini sebagai aset negara.

Pada 2012, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 25 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM60.6 bilion.  Penganjuran kempen TMM 2014 dijangka akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menerima kedatangan pelancong seramai 36 juta orang dengan pendapatan sebanyak RM 168 bilion.

IMG_5065
Wu Shu Flash Mob
IMG_5069
Peserta-peserta ‘Amazing JB City Bike Ride’
IMG_5073
Flash Mob
IMG_5082
Peserta-peserta dari Singapura dan Johor untuk ‘Amazing JB City Bike Ride’
IMG_5088
Flag-off oleh YB Datuk Tee Siew Kiong
IMG_5093
Semasa bacaan Doa
IMG_5099
Semasa bacaan Doa
IMG_5109
YB Datuk Tee Siew Kiong dengan ahli-ahli Laughter Yoga dari Persatuan Sosial Riang Dan Gembira
IMG_5122-1
Bergerak ke Bangunan Sultan Iskandar
IMG_5131-1
Polis juga dalam semangat riang dan gembira untuk menyambut TMM 2014
IMG_5139
Promosi TMM 2014

 

Avatar photo

Lee-Jean Fung

Lee-Jean is a citizen journalist, who actively promotes laughter as the best medicine. She lives in Johor Bahru.