Ayuh rancang perjalanan! kembara@backpacker

Ayuh rancang perjalanan! kembara@backpacker

Jika berkunjung ke negara empat musim, perlu anda mengetahui musim apa yang sedang melanda di tempat tersebut agar segala persiapan untuk menempuh terutama musim sejuk dapat dibuat.

picture from worldpress.org

Penting bagi backpacker untuk merancang perjalanan ke tempat yang ingin dituju. Cara mudah adalah dengan membuat bacaan tentang catatan perjalanan orang-orang yang pernah mengunjungi tempat berkenaan.

Pengalaman mereka boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak perlu dilakukan (Do & Don’t) di sepanjang perjalanan.

Selain itu, anda tidak perlu mengikut bulat-bulat aturcara perjalanan mereka, buatlah perjalanan sendiri mengikut bajet dan keperluan yang anda ada.

Buku-buku travel seperti Lonely Planet, Nelles Guide dan sebagainya juga boleh dijadikan penduan dalam merencana sesebuah perjalanan.

Jika berkunjung ke negara empat musim, perlu anda mengetahui musim apa yang sedang melanda di tempat tersebut agar segala persiapan untuk menempuh terutama musim sejuk dapat dibuat.

5. Persiapan perjalanan

Selain menyiapkan barangan peribadi seperti pakaian dan alatan mandian, perkara paling penting yang perlu didahulukan adalah dokumen perjalanan.

See also  Malaysia, Thailand boost tourism with new self-drive routes

Perjalanan akan menjadi lebih mudah dan selamat jika anda mempunyai beg kecil seperti beg gantung atau beg pinggang (pouch bag) untuk menyimpan tiket, beg duit, pasport dan sebagainya.

Peta juga tidak kurang pentingnya. Peta boleh dicetak dari internet atau dibeli di kedai-kedai buku.

Walaupun peta boleh didapati di tempat yang ingin dikunjungi, namun membawa sendiri dari awal adalah lebih baik.

Perkara lain yang tidak boleh dilupakan ialah kamera. Alangkah ruginya jika tertinggal kamera apabila sudah sampai di tempat yang kita tuju, tiada gambar kenangan yang boleh dibawa pulang. ‘Netbook’ juga tidak kurang pentingnya dalam dunia traveling kini.

Kadang-kadang situasi memerlukan kita untuk mencari semula maklumat menggunakan internet dan ‘netbook’ boleh menjadi penyelamat. Anda juga boleh menggunakan i-pad bagi menggantikan netbook.

Selain itu, ‘universal adapter’ juga perlu dibawa bersama kerana setiap negara mempunyai soket yang berlainan.

See also  Trip.com Malaysia hosts inaugural ‘Green Travel Fun Run’

Ketiadaan ‘universal adapter’ akan menyebabkan kesukaran untuk mengecas bateri kamera, telefon bimbit dan ‘netbook’.

Sebagai langkah keselamatan, bawalah juga bersama ubat-ubatan terutama kepada mereka yang mempunyai penyakit.

Perkara yang terakhir adalah mempersiapkan diri anda untuk berada dalam keadaan cergas. Menjadi seorang backpacker memerlukan kita mengerah tenaga yang banyak kerana perlu berjalan kaki dengan membawa beg galas yang besar.

Nah, tak susah pun untuk travel secara backpacker kan? Tak perlu risau lagi tentang perbelanjaan yang tinggi dan kini semua orang sudah mampu untuk travel.

Travel tak semestinya ke luar negara, di dalam negara kita sendiri pun mempunyai banyak tempat yang boleh dikunjungi dan tidak salah untuk kita berpergian secara backpacker.

Tanpa langkah pertama, tak mungkin perjalanan beribu batu akan bermula!

Selamat menjadi seorang backpacker!