Lelaki maut ditikam dan dicampak tepi jalan

Lelaki maut ditikam dan dicampak tepi jalan

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui maut dipercayai diserang sekumpulan lelaki sebelum mayatnya dicampak di tepi jalan di Jalan Masjid Negeri di sini awal pagi tadi.

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemui maut dipercayai diserang sekumpulan lelaki sebelum mayatnya
dicampak di tepi jalan di Jalan Masjid Negeri di sini awal pagi tadi.

Sumber polis berkata mangsa yang dikenali sebagai K. Gobinathan ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 3 pagi.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Mangsa dipercayai mati akibat ditikam dan dipukul di kepala dan polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sumber itu berkata lelaki tersebut sebelum itu dipercayai terlibat dalam pergaduhan bersama lima lelaki lain termasuk abang ipar mangsa di hadapan sebuah rumah panjang di Lorong Kulit.

Hasil siasatan awal di tempat pergaduhan, didapati motosikal mangsa telahdirosakkan serta terdapat kesan darah.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Abdul Halim Bulat mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang mengesan beberapa orang termasuk abang ipar mangsa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

– Bernama