Salah seorang daripada warga Sabah yang menjadi mangsa serangan 10 lelaki bersenjata di Cyber Cafe Vital Net di Klang pada Julai 31 lepas telah meninggal dunia lebih kurang jam 4pm kelmarin (Sabtu).
Menurut abang mangsa, Amran Amri yang berusia 30 tahun meninggal dunia disamping keluarga dan ibu bapa setelah berada di dalam keadaan tenat semenjal dimasukkan ke hospital akibat cedera parah berikutan serangan tersebut.
Pihak hospital sedang melakukan bedah siasat dan mangsa yang berasal daripada Kampung Arungan Table Tawau diberitakan akan dikebumikan di tanah perkuburan Klang.
Pada Julai 31 lepas, sekumpulan 10 lelaki bertopeng telah memasuki Cyber Cafe Vital Net di Klang pada jam empat pagi dan melibas serta menetak semua pelanggan yang terdapat dalam Café tersebut dengan menggunakan senjata tajam dan kayu.
Ekoran serangan tersebut, enam warga Sabah mengalami kecederaan dan terpaksa dirawat di hospital.
Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah Datuk Tawfiq Titingan pada awal minggu ini sempat menziarahi kesemua mangsa serangan tersebut dan menyampaikan amanat serta pesanan daripada Ketua Menteri Sabah kepada masyarakat Sabah yang tinggal di Klang agar tidak mengambil tindakan sendirian dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Antara mangsa-mangsa serangan tersebut ialah;
1. Mohd Rais M Tahir (23 tahun)- Kampung Kenangan Manis, Sandakan.
2. Abd Mutalib Abd Rahim (14 tahun)- Kg Likas, Kota Kinabalu.
3. Mohd Junedi Negeri (20 tahun) – Kg Dunok, Keningau.
4. Amran Amri (30 tahun)- Kampung Arungan Table, Tawau.
5. Mohd Norhan Abd Karim (26 tahun)- Kg Berhala Darat, Sandakan.
6. Aidil Baddu (27 tahun)- Kampung Bandulon, Sepanggar
Berita berkaitan: Masyarakat Sabah di Klang diminta bertenang
Semua berita dari laman web ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Jika anda berminat untuk lebih mengetahui mengenai kursus penulisan dari Citizen Journalist Malaysia atau ingin menyumbang artikel anda, sila (KLIK SINI)
________________________________
Untuk maklumat terkini, sila ikuti kami di Facebook