DUN Wakaf Baru beri sumbangan beras

WAKAF BARU – Program Al-it’am adalah skim bantuan beras di mana 10 kg beras akan diberi kepada masyarakat miskin tanpa mengira bangsa atau agama

Ahli dewang undangan negeri Wakaf Bharu, Che Abdullah bin Mat Nawi selaku pengerusi jawatankuasa pertanian industri desa dan bioteknologi Kelantan telah menyampaikan kupon skim al-it’am kerajaan negeri Kelantan dalam program bersama masyarakat kampung, pagi semalam.

Program al-it’am,  merupakan program skim bantuan beras di mana 10 kg beras akan diberi kepada masyarakat miskin tanpa mengira bangsa atau agama pada setiap bulan supaya dapat menringankan beban mereka.

Beliau menyeru masyarakat kampung yang kurang berupaya supaya mengambil kesempatan dalam program sebegini kerana ia merupakan program sumbangan kerajaan negeri Kelantan kepada rakyatnya.

Pejabat dewan undangan negeri Wakaf Bharu adalah yang pertama untuk memperkenalkan program ini, dan jika berjaya mungkin turut diperkenalkan kepada kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.

See also  Sukha Charity Fair 2024: A celebration of community spirit

Che Abdullah juga menegaskan bahawa program sumbangan beras ini bukan program pilihan raya kerana ia merupakan program berterusan sebelum dan selepas pilihan raya.

Kaum wanita yang terpilih juga diberi mesin jahit supaya dapat menjadikan ia sebagai sumber pendapatan.

 

Lim Hock Seng