3,000 bakal banjiri Plaza Angsana, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – 3,000 orang dijangka akan menghadiri perhimpunan untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negeri Johor.

Gambar fail - Sidang media Gabungan Tanah Rakyat

Himpunan Tanah Rakyat akan diadakan pada Mei 5, jam 2.00 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru untuk mengemukakan isu tanah yang dihadapi oleh penduduk Johor.

Antara isu yang bakal dikemukakan adalah isu Pulau Batu Putih, penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Saham Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masalah penduduk Pengerang akibat pembangunan projek Bersepadu Petrokimia (RAPID) dan banyak lagi.

Perhimpunan ini bakal menjadi perhimpunan terbesar di selatan tanahair.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

Menurut penganjur, seramai 3,000 orang dijangka akan menghadiri perhimpunan ini untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan negeri Johor.

 

Vijay Kumar