Sambutan hari ibu telah diadakan dikuil Sri Raja Rajeswari Sentosa Klang pada 22 Mei 2012 jam 8.oo malam. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Selangor dibawah pimpinan Segaran, pengerusi jawatan kuasa bertindak Kerajaan Negeri Selangor. Majlis yang dihadiri oleh lebih dari 500 penghuni Sentosa telah dirasmikan oleh Dr Xavier Jayakumar, ADUN Andalas yang ditemani isterinya, Puan Sheila Devaraj .
Dalam majlis ini beliau telah menyatakan kepentingan ikatan kekeluargaan dan ibu memainkan peranan penting dalam mewujudkan keharmonian yang boleh membantu kejayaan sesebuah keluarga dan masyarakat. Katanya kejayaan seseorang lelaki mesti disokong oleh seorang wanita, tidak kira wanita itu samada seorang ibu atau isteri. Jasa mereka tiada nilai.Sokongan dan dorongan wanita amat penting bagi kejayaan seorang lelaki. Di samping itu beliau juga menegaskan dan menyeru semua ibu bapa agar memberikan pendidikan yang secukup kepada anak-anak, kerana hanya pendidikan dapat membangunkan keluarga dan masyarakat.
Dalam majlis ini isterinya, telah memberi penghormatan khas kepada 10 warga emas manakala lebih dari 300 warga ibu pula telah menerima goody bag yang dibekalkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Di samping itu tiga warga emas pula telah menerima kerusi roda yang sememang telah dinanti-nanti sejak begitu lama. Subramaniam,64 berasa amat gembira dan berterima kasih dengan memberian kerusi roda. “ini boleh mengurangkan beban saya untuk bergerak kemana-mana,terima kasih katanya dengar nada yang amat sedu.
Subramanian, 64 penerima kerusi roda
Puan Sarathambal, 69, katanya saya sudah tua, nasib baik ada orang masih ingat dan sayangi saya, dengan kerusi ini boleh saya melakukan aktiviti sendiri tidak menjadi beban kepada keluarga saya. Gembira kerana ada orang sanggup merayakan hari ibu dan memberi barang-barang,terima kasih.
Tiga warga emas telah menerima kerusi roda
Dr Xavier Jayakumar juga telah memberikan sedikit peruntukkan kepada dua buah NGOs iaitu Persatuan Alam Sekitar Selangor dan Persatuan Kebajikan Masyarakat Meru bagi membolehkan mereka melakukan aktiviti mereka dalam majlis ini.
Semua ibu menerima goody bag
Mengikut pengerusi Kuil, Palaya aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah, kekeluargaan, dan pembentukan sahsiah masyarakat akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Hadir bersama isterinya, Sheila Devaraj