Melaka: Pemandu lori mogok

MELAKA – Lebih 100 orang pemandu lori mengadakan mogok dengan meninggalkan lori mereka di tepi jalan berdekatan dengan Wisma Negeri, Ayer Keroh kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). [VIDEO]

Lebih 100 orang pemandu lori mengadakan mogok dengan meninggalkan lori mereka di tepi jalan berdekatan dengan Wisma Negeri, Ayer Keroh kerana tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Mogok pemandu lori itu bermula sekitar awal jam 8.00 pagi dan berakhir pada lewat tengah hari berkenaan. Ia berlangsung secara aman dan menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas namun keadaan terkawal kerana ia dibantu oleh pihak berkuasa yang mengawal lalulintas.

Pemandu-pemandu lori tidak berpuas hati dengan SPAD kerana mereka disaman akibat membawa muatan  secara berlebihan namun dengan membawa muatan seperti yang ditetapkan, mereka juga turut disaman oleh SPAD.

See also  Raya Airways launches key cargo route to Hong Kong

Azmi

Photographer