Permintaan pihak jawatankuasa Kuil Sri Raja Rajeswari, Taman Sentosa, Klang, telah disempurnakan hari ini dengan upacara perasmian tapak dewan serbaguna seluas 1.3 hektar oleh ahli dewan undangan negeri Selangor untuk kawasan Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.
Majlis yang diadakan sempena sambutan hari bapa telah menyaksikan Dr Xavier dan isterinnya Sheila Devaraj memberi penghargaan kepada lebih 150 orang warga tua dan kaum bapa.
Tapak dewan serbaguna seluas 1.13 hektar di bahagian belakang kuil untuk membolehkan masyarakat India sekitar Taman Sentosa mengadakan upacara kebudayaan dan keagamaan pada masa akan datang.
Menurut pengerusi kuil Sri Raja Rajeswari, jawatankuasa kuil tersebut telah berusaha sejak tahun 2002 untuk mendapatkan sebidang tanah untuk membina dewan serbaguna.
Hadirin juga telah dibekalkan dengan beg cenderahati dan juga disajikan dengan pelbagai hidangan masakan sayur-sayuran oleh Kuil Sri Raja Rajeswari.