“Komuniti 1Malaysia salah satu ejen kerajaan”

“Komuniti 1Malaysia salah satu ejen kerajaan”

Badan ini ditubuh dan diselia of Jabatan Penerangan di Sabah.

Komuniti 1Malaysia yang ditubuh dan diselia Jabatan Penerangan memainkan peranan penting dalam mendokong dan menjelaskan gagasan 1Malaysia kepada semua lapisan masyarakat.

Pengarah Penerangan Sabah Almain Ajirul berkata Komuniti 1Malaysia yang merupakan pertubuhan sukarela yang dianggotai rakyat pelbagai kaum berkenaan penting kerana ia menjadi perantara antara rakyat peringkat akar umbi dan kerajaan.

Learn. Publish. Earn.

Got a story like this in you?

Learn to write factual stories with AI, get published on cj.my, and earn RM80–RM100 per story.

See Training Dates

From RM350 · Starting October 2026 · Penang / KL / JB

“Maka Komuniti 1Malaysia merupakan salah satu ejen kerajaan bagi memantapkan lagi perpaduan antara rakyat khususnya bagi penduduk luar bandar melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan,” katanya ketika berucap sempena Program Wacana 1Malaysia di sini hari ini.

Program yang dihadiri lebih 300 peserta termasuk 250 anggota Komuniti 1Malaysia dari Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu dirasmikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Hamisa Samat.

Menurut Almain gagasan 1Malaysia yang menggariskan lapan nilai untuk memastikan Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 perlu difahami semua lapisan masyarakat dan Komuniti 1Malaysia merupakan ejen yang masih berkesan untuk tujuan itu.

For Malaysian SMEs Feature your business on Citizens Journal Malaysia
Editorial RM500
+ Photos RM1,000
Full Campaign RM2,500
Get featured →

Lapan nilai penting yang mendasari gagasan 1Malaysia berkenaan ialah Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Integriti, Ketabahan,Kesetiaan, Kebijaksanaan dan Budaya Inovasi, katanya.

“Walaupun perubahan waktu dan teknologi sumber maklumat kini serba canggih tetapi Komuniti 1Malaysia masih mampu memberikan peranannya sebagai sumber maklumat antara kerajaan dan rakyat,” katanya.

— Bernama