Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 dengan tema “Karisma OKU: Persekitaran Bebas Halangan Menjana Kesejahteraan OKU” diadakan pada 29hb Nov 2012 di Hotel Zon Regency, Johor Bahru.
Salah satu daripada objektif majlis ini adalah untuk memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa OKU juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat dan mempunyai hak yang sama serta berkeupayaan dalam membangunkan negara.
Majlis dirasmikan oleh pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor Dr Robia Kosai.
Siti Hanim M Zulkepli, seorang penterjemah bahasa isyarat, telah menterjemahkan setiap ucapan kedalam bahasa isyarat kepada para hadirin.