Chap Goh Mei disambut meriah di Tanjung Harapan

PELABUHAN KLANG – Pesta Chap Goh Mei dan hari kekasih disambut dengan meriah di perairan Tanjung Harapan Pelabuhan Klang.

Hujan renyai tidak menghalang pasangan muda untuk menyambut Pesta Chap Goh Meh dan hari kekasih dengan penuh meriah di perairan Tanjung Harapan, Pelabuhan  Klang pada malam Februari 24, 2013.

Lebih dari 500 pasangan muda dan berusia telah berkumpul untuk menyambut perayaan ini.

Pasangan muda yang hadir di situ menulis isi hati mereka pada tanglung dan melepaskannya ke awan.

Pasangan Jason Ho melepaskan tanglung dengan harapan cita-cita mereka akan tercapai dan mereka akan mendirikan rumahtangga bersama-sama.

Mereka yang belum memiliki pasangan kekasih pula sibuk membeli buah limau yang akan  dibuang ke dalam laut selepas menulis nama dan nombor telefon, supaya bakal kekasih mereka akan menghubungi mereka apabila mendapat limau ini.

See also  Citizen's Journal extends warmest Deepavali wishes

“Orang baru akan menghubungi kami, kalau sama jantina kami akan jadi kawan biasa, kalau orang yang diidamkan kami akan kahwin”, ujar Vindy yang datang bersama rakannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rajeswari