Parit tersumbat salah siapa?
Keadaan di Taman Kapar Permai, Kapar, Klang sejak beberapa tahun kebelakangan ini amat membimbangkan setelah saliran parit utama di kawasan itu tersumbat. Setiap kali hujan lebat, penduduk kawasan ini terpaksa membersihkan rumah mereka apabila air parit tersebut melimpah ruah.
Mengikut penduduk di kawasan sekitar walaupun banyak kali laporan telah dibuat namun tiada pihak yang mengambil inisiatif untuk menangani permasalahan mereka. Hanya baru kini Ahli Majlis Klang bersama sama Pegawai Kesihatan Daerah Klang datang menemui penduduk kawasan ini. Penduduk Taman Permai ini benar-benar mengharapkan suatu perubahan yang jitu dapat dilakukan oleh pihak berkuasa.