Pesta Kaamatan mampu mengukuhkan budaya serta suku kaum Dusun.

Pesta Kaamatan mampu mengukuhkan budaya serta suku kaum Dusun.

Pesta Kaamatan diraikan bukan hanya sekadar perayaan atau amalan biasa. Bagi suku kaum Dusun khususnya di Kampung Bundu Tuhan, Pesta Kaamatan sangat bermakna kerana ianya mampu mengukuhkan lagi amalan budaya dan tradisi serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara semua lapisan masyarakat. Bagi pendapat mereka, amalan budaya dan tradisi yang diwarisi dari zaman berzaman adalah sangat tidak ternilai harganya.

Pertandingan Ratu Comel Kanak-kanak sempena Pesta Kaamatan
Kelihatan kanak-kanak yang menyertai Pertandingan Gingiliton tersenyum dengan gembira.

Pesta Menuai atau lebih dikenali sebagai Pesta Kaamatan dalam bahasa tempatan telah diadakan di Kampung Bundu Tuhan, Ranau. Pesta ini diadakan untuk meneruskan dan secara tidak langsung mengekalkan amalan tradisi suku kaum Dusun di tempat ini sejak zaman berzaman.

Pesta ini dirayakan kerana adanya kesedaran yang tinggi di kalangan komuniti khususnya pihak penganjur iaitu pemimpin-pemimpin kampung. Mereka berpendapat bahawa melalui perayaan ini, komuniti akan lebih memperingati amalan budaya dan tradisi suku kaum mereka sendiri. Hal ini demikian kerana komuniti di sini tidak mahu amalan yang diwarisi daripada nenek moyang dilupakan dengan mudah lantaran pengaruh yang semakin hebat di era globalisasi sejak kebelakangan ini. Jadi melalui perayaan ini, ia dapat memberi impak yang besar dalam memberi kesedaran mengenai asal usul dari segi budaya dan tradisi kepada komuniti khususnya di kalangan golongan muda.

YB Dr. Joachim Gunsalam merasmikan Pesta Kaamatan peringkat kampung dan seterusnya bersama-sama dengan komuniti kampung untuk memeriahkan lagi perayaan ini.

” Saya menyeru kepada komuniti dari semua lapisan masyarakat di kampung ini supaya dapat bersatu hati dan sentiasa berkerjasama untuk menjaga dan memelihara budaya dan tradisi suku kaum di sini, ” jelas YB Dr. Joachim Gunsalam, Wakil Rakyat kawasan N.29 Kundasang Ranau semasa memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan  perayaan ini. Beliau sangat berharap agar komuniti di kampung ini akan meneruskan perayaan seumpama ini pada setiap tahun supaya budaya dan tradisi suku kaum di sini dipertahankan sehingga selama-lamanya.

See also  IKAT 2.0: Immersive batik experience arrives in Penang

Pesta Kaamatan yang telah dirayakan di Dewan Serbaguna Kampung Sokid Kapatahan Bundu Tuhan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti di kampung ini. Acara-acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur perayaan ini telah menarik minat di kalangan komuniti untuk meraikannya bersama-sama. Perayaan ini juga bertambah meriah dengan adanya acara yang baru berbanding tahun lalu. Di samping mengadakan acara kebiasaan untuk pesta ini iaitu persembahan  dan pertandingan tarian Sumazau, Gingiliton ( Ratu Comel ), Unduk Ngadau ( Ratu Cantik ) dan pertandingan paluan gong tradisi, pihak penganjur juga telah mengadakan acara-acara lain dan serba baru seperti pertandingan menyediakan  makanan dan minuman tradisi, menwarna serta Manangon-Tangon ( bercerita ).
” Saya harap generasi di kalangan golongan muda di kampung ini  dapat meneruskan atau mewarisi budaya sendiri,” ujar YB Dr.Joachim.

Secara keseluruhannya semua lapisan masyarakat berpuas hati kerana mendapat peluang untuk menyertai acara-acara sempena perayaan Pesta Kaamatan ini. Penyertaan yang baik ini menunjukkan bahawa komuniti masih mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga dan mempertahankan budaya dan tradisi mereka.Perayaan Pesta Kaamatan pada kali ini juga telah dimeriahkan lagi dengan acara TARIDRA ( Tarian dan Drama) yang julung-julung kali diadakan. Acara ini sangat menarik perhatian di kalangan golongan muda serta kanak-kanak dan tidak terkecuali juga komuniti lain kerana ia merupakan salah satu cara yang mudah untuk memberikan pendedahan mengenai budaya dan tradisi suku kaum berbanding dengan kaedah teori.

See also  Gelly Wee: Bridal bliss with record-breaking event

Pertandingan tanaman jenis ubi dan tanaman tercantik juga diadakan bagi memperkenalkan serta memastikan komuniti di kampung

Pertandingan Ratu Cantik
Pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan Unduk Ngadau. ( dari kiri Joan Clarice Ross, Mecabella Petrus Moidin (Johan) dan Romanna Raymond Ajon)

ini tidak melupakan asal usul budaya mereka dari segi pertanian. Hal ini juga disentuh oleh YB Dr. Joachim Gunsalam dalam ucapan perasmian beliau. ” Kita harus mempertingkatkan bidang pertanian di kampung ini bukan hanya dengan  penanaman sayur-sayuran tanah tinggi tetapi dalam penanaman padi bukit juga, ” kata beliau. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri menggesa komuniti untuk mempertingkatkan lagi pertanian khususnya penanaman padi kerana menurut beliau, bekalan beras dari negeri Sabah tidak mampu menampung keperluan masyarakat di negeri ini, malah masih mengimport dari luar negeri. Beliau juga menyatakan rasa bangga kepada komuniti kerana mampu berusaha dan mempunyai inisiatif untuk mempertahankan amalan budaya dan tradisi suku kaum Dusun di kampung ini.

” Saya sangat berharap supaya Ahli Jawatankuasa dari kalangan golongan muda di kampung ini dapat meneruskan perjuangan serta mempertingkatkan lagi usaha terutamanya dalam mengukuhkan budaya serta suku kaum kita sendiri, ” tambah beliau.
(Foto oleh: H. Roger)

Remy Alfie Awang