Puteri Umno sumbang portal “Fokus A” kepada pelajar SMK(A) Tun Ahmad Shah, Inanam

Puteri Umno sumbang portal “Fokus A” kepada pelajar SMK(A) Tun Ahmad Shah, Inanam

Pergerakan Puteri Umno Sabah telah menyerahkan set portal EBSIS2Y kepada pemangku Pengetus SMKA Tun Ahmadshah, Inanam, Siti Zainab Bakar yang disempurnakan oleh Exco Puteri UMNO Malaysia, Wan Salwati Hj Abdullah yang juga Pengerusi Biro Penggerak Belia Puteri UMNO Malaysia di Dewan Perhimpunan SMKA Tun Ahmadshah, Inanam pagi tadi.

Seramai 70 pelajar tingkatan satu hingga lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Inanam, berpeluang menikmati kemudahan belajar secara ‘online’ menggunakan Portal ‘Fokus A’ EBSIS2Y yang disumbangan Puteri Umno Sabah, bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Portal Pendidikan Fokus A yang bernilai RM27,825.00 adalah sumbangan Puteri UMNO Malaysia kepada Puteri UMNO Sabah untuk diberikan kepada sekolah tersebut.

Pergerakan Puteri Umno Sabah telah menyerahkan set portal EBSIS2Y kepada pemangku Pengetus SMKA Tun Ahmadshah, Inanam, Siti Zainab Bakar yang disempurnakan oleh Exco Puteri UMNO Malaysia, Wan Salwati Hj Abdullah yang juga Pengerusi Biro Penggerak Belia Puteri UMNO Malaysia di Dewan Perhimpunan SMKA Tun Ahmadshah, Inanam pagi tadi.

Turur hadir sama Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin dan Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah yang juga Ketua Puteri UMNO Sepanggar, Aziah Atoh serta para pelajar dan guru-guru.

See also  Pepsodent sets new record with toothbrushing event

Dalam majlis itu Salwati berkata, Puteri UMNO Malaysia telah melancarkan Program EBISS2Y pada tahun lepas (2010) oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia 2010.

Tambah beliau, sebanyak 35 set portal yang setiap satu bernilai RM795 akan diberi kepada pelajar di mana setiap set akan dikongsi oleh dua pelajar yang berpontensi meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi kurang mampu membeli alat bantuan belajar.

Di Sabah, Puteri UMNO Sabah telah memilih SMKA Tun Ahmadshah untuk menerima portal pendidikan yang akan memberi manfaat kepada 70 pelajar daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Seorang ahli Pergerakan Puteri yang mempunyai kemahiran ICT telah ditugaskan untuk memantau setiap set portal bagi menyelesaikan masalah berkaitan penggunaanya yang dihadapi oleh para pelajar dan seorang lagi telah dipertanggungjawab sebagai kakak angkat kepada sekolah tersebut.

See also  Xsolla Curine Academy and UM join forces in digital innovation

Gary Louis Supi