800 pelajar SMK Ungku Aziz sertai kempen Selangor Shines

800 pelajar SMK Ungku Aziz sertai kempen Selangor Shines

Seramai 800 orang pelajar sekolah menengah kebangsaan Ungku Aziz, Sabak Bernam menyertai siri promosi jelajah “Skuad Kembara Selangor Shines ke Sekolah-Sekolah di Daerah-Daerah Negeri Selangor” baru-baru ini.

Seramai 800 orang pelajar sekolah menengah kebangsaan Ungku Aziz, Sabak Bernam menyertai siri promosi jelajah “Skuad Kembara Selangor Shines ke Sekolah-Sekolah di Daerah-Daerah Negeri Selangor” baru-baru ini.

Penolong Pengurus perhubungan awam dan promosi, Zaimi Shari berkata siri kempen kali kedua bertujuan untuk mempromosikan produk dan destinasi pelancongan menarik di negeri Selangor.

Justeru itu, menurutnya program ini diadakan bersempena kempen “Selangor Shines” yang telah dilancarkan kerajaan Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Pada siri promosi kali ini, kita akan mendekati pelajar sekolah menengah menganggotai ahli kelab kembara, pelancongan termasuk guru sekolah.

“Antara aktiviti diadakan seperti pelajar mengikuti sesi taklimat “Selangor Has More” mengenai tempat-tempat menarik yang berada di dalam negeri ini merangkumi 10 ikon pelancongan negeri iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Sepang Gold Coast,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Seperti minggu sebelumnya, Zaimi berkata pelajar berpeluang menyaksikan tayangan DVD pelancongan Selangor serta mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz “Kenali Selangor Anda” di mana mereka berjaya menjawab soalan diberikan hadiah cenderamata.

Di samping itu, menurutnya pelajar ditawarkan pakej menarik tapak perkhemahan Sungai Congkak serta ke beberapa destinasi lain termasuk lawatan sambil belajar antaranya di “Breadcity” dan muzium Shah Alam.

“Kami menerima maklumbalas dan sambutan menggalakkan daripada pihak guru dan juga pelajar dan berharap siri promosi ini akan dapat diteruskan dan mencapai sasaran dengan jayanya,” ujar Zaimi.