Guru agama perlu mainkan peranan ‘role model’

Guru agama perlu mainkan peranan ‘role model’

ADUN Tanjung Batu, Hamisa Samat menekankan kepentingan peranan guru agama di dalam membentuk golongan remaja supaya mereka tidak terpesong ke arah gejala-gejala yang tidak baik.


Perkembangan dunia sejagat dan kebangkitan revolusi teknologi maklumat secara tidak langsung mendorong golongan remaja ke arah gejala-gejala yang tidak baik kerana kerana kerapuhan semangat jati diri.

Guru-guru agama perlu memainkan peranan bukan sahaja setakat menyampaikan pelajaran tetapi membentuk insan yang berguna dan memastikan matlamat pendidikan dapat direalisasikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Hamisa Samat berkata, perkembangan dunia sejagat menyebabkan negara sering dilanda masalah sosial.

“ Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada pembangunan minda masyarakat tetapi juga turut memberi corak dan gaya hidup yang sangat unik. Gesaan saya ialah guru perlu memiliki sifat-sifat unggul seperti amanah, dedikasi, komited kepada tugasan, sanggup menganjakkan masa dan tenaga serta mampu menjadi ‘role model’ kepada pelajarnya,” ujar beliau.

See also  Taylor's Uni shines in QS World University Rankings

Hamisa juga berkata bahawa usaha kerajaan di dalam menjadikan negara ini maju menjelang tahun perlu disertakan dengan pembentukan minda rakyat menerusi amalan suka membaca, terutama bahan-bahan yang berkualiti.

Pembangunan sesebuah negara bergantung kepada rakyat yang berilmu pengetahuan, berfikiran, positif, rajin dan berdaya saing. Ini dijana melalui amalan suka membaca, katanya lagi semasa majlis perasmian Ko-Kurikulum sekolah-sekolah agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) peringkat daerah Tawau di sini kelmarin.

Katanya lagi guru agama perlu menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup dan mempunyai “mental life” yang segar, berkembang sertabersifat ‘self actualization’ dan ini memerlukan penglibatan semua masyarakat setempat, ibu bapa dan pemimpin peringkat akar umbi.

See also  APU win awards at Malaysia's Digital Tech accolades

“Penekanan dalam pendidikan agama perlu diserapkan untuk melahirkan modal insan berkualiti serta selari dengan hasrat pemimpin negara.

Perdana Menteri, Najib Tun Razak menitik beratkan kepada soal pembangunan modal insan. Dalam konteks ini JHEAINS selari dengan hala tuju pembangunan nasional negara,” jelas Hamisa lagi sambil menggesa ibu bapa, guru dan pemimpin untuk memainkan peranan dalam memberi pendidikan kepada anak-anak.

Gary Louis Supi