Penduduk bimbang kerja penambakan tanah sampah sarap di Subang Perdana

Penduduk bimbang kerja penambakan tanah sampah sarap di Subang Perdana

Persatuan Penduduk Apartmen Dahlia Subang Perdana menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap kerja penambakan tanah sampah sarap dikesan di jalan rezab berhampiran kawasan perumahan mereka.

Persatuan Penduduk Apartmen Dahlia Subang Perdana menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas terhadap kerja penambakan tanah sampah sarap dikesan di jalan rezab berhampiran kawasan perumahan mereka.

Ia berikutan penduduk dan pelajar mendakwa diserang nyamuk dan bau busuk datang daripada kerja penambakan tersebut sejak sebulan lalu.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Apartmen Dahlia, Nor Faizal Abdul Bakir berkata beliau khuatiri apabila berlaku hujan lebat tanah akan mendap dan sampah sarap timbul mengakibatkan takungan air dan pembiakan nyamuk aedes.

Menurutnya, kesannya akan memudaratkan keselamatan penduduk dan pelajar di sini.

“Dahulunya lokasi ini merupakan kawasan belukar dan tanah cerun tiada sebarang aktiviti kerja penambakan berlaku.

Namun sejak sebulan lalu, kerja penambakan tanah bersama sampah sarap dikesan mula mendapat aduan daripada penduduk, guru dan pelajar di sekolah,” katanya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Jalan 43 Subang Perdana.

See also  CAP calls for shorter hours for eateries to combat obesity

Malah, beliau mewakili penduduk mahu tanah sampah sarap dikeluarkan balik dengar kadar segera.

“Kita telah memaklumkan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan mereka telah menutup laluan masuk ke kawasan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Norfaizal berkata penduduk mendapati ada permohonan daripada sebuah syarikat swasta untuk menambak tanah di kawasan ini.

Menurutnya, bila diselidiki bukan tanah ditambak tetapi sampah sarap, bila sampah ditambak mulalah penduduk bertindak membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Gambar menunjukkan bukti lori menambak tanah sampah sarap

 

“Pada mulanya memang kita nampak kawasan ini penuh sampah sarap, tetapi apabila MBSA lambat bertindak, mereka telah menambak semula dengan tanah.

“Kita mengharapkan selepas aduan ini dibuat, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mencari jalan penyelesaian kerana ia dibawah bidang kuasa MBSA dan harap sampah dikeluarkan semula,” tegasnya.

Sementara itu, Ketua Blok 1 Apartmen Dahlia, Azmi Derus, 56 berkata, beliau bimbang sekiranya hujan lebat mengakibatkan tanah mendap menyebabkan sampah sarap ini keluar balik seterusnya menyebabkan takungan air dan nyamuk aedes membiak.

See also  Sunway Medical Centre wins prestigious award for 3rd year

Menurutnya, apabila ia berlaku ia akan menyerang pelajar di sekolah.

“Selain itu, ia boleh mengakibatkan banjir lumpur dan sampah sarap akan turun di kawasan kediaman perumahan sekitar Subang Perdana.

“Apabila hujan lebat  aliran tanah merah masuk ke dalam sistem perparitan,” katanya.

Azmi berkata, apa yang mereka bimbangkan akan berlaku kes serangan denggi di sekolah ini kerana pihaknya mendapat aduan daripada pihak guru.

Menurutnya, pada peringkat awal mereka (syarikat kontraktor) menyatakan untuk melakukan kerja penambakan bagi mengelakkan berlakunya banjir dan pembiakan nyamuk.

“Kemungkinan MBSA telah memberikan kelulusan tetapi pada hakikatnya tanah yang ditambak adalah sampah sarap seperti tayar, plastik dan sebagainya.

“Kita telah membuat aduan kepada MBSA dan akan melaporkan perkara ini kepada pihak media sekiranya tiada tindakan diambil,” ujarnya.