Bina sekolah rendah Cina dan isu perkuburan Islam – Jenice Lee

Bina sekolah rendah Cina dan isu perkuburan Islam – Jenice Lee

Kerajaan negeri perlu mewartakan sebidang tanah di Lot 2501, Jalan 6/3 Pandan Perdana untuk membina Sekolah Rendah Kebangsaan cina bagi kegunaan penduduk di situ.

Gambar hiasan

Kerajaan negeri perlu mewartakan sebidang tanah di Lot 2501, Jalan 6/3 Pandan Perdana untuk membina Sekolah Rendah Kebangsaan Cina bagi kegunaan penduduk di situ.

ADUN Teratai, Jenice Lee berkata ini adalah kerana hampir 90 peratus penduduk di sekeliling Pandan Perdana di taman perumahan Cheras Indah, Maju Jaya dan Taman Shamelin Perkasa, adalah dari kaum Cina.

Menurutnya, sekiranya sekolah cina ini dibina ia memberi manfaat kepada penduduk-penduduk yang terletak besebelahan Pandan Perdana seperti Cheras Indah, Maju Jaya, Pandan Jaya dan Shamelin Perkasa.

“Walaupun Sekolah Rendah Kebangsaan Pandan Perdana berada hanya di sebelah perumahan Pandan Perdana, tetapi kebanyakan kaum Cina di sini tidak minat hantar anak-anak mereka ke sekolah ini.

“Kapasiti sekolah agak untuk 900 pelajar tetapi sekarang hanya lebih kurang 400 pelajar yang belajar di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Penggal ke-4 Sesi pertama baru-baru ini.

See also  Safeguarding children's privacy on social media

Jenice berkata, beliau ingin menegaskan bahawa sekolah Cina bukan untuk penduduk Cina sahaja tetapi untuk kaum Melayu, Indian, Iban, Kadazan dan lain-lain.

Menurutnya, ia merupakan sebuah sekolah untuk semua rakyat Malaysia.

“Saya juga menyeru jasa baik kerajaan negeri supaya memohon sebuah sekolah kebangsaan aliran Cina , juga sekolah kebangsaan kepada penduduk di Pandan Perdana,” katanya.

Isu Perkuburan Islam

Selain itu, Jenice turut menolak cadangan menempatkan kubur orang  Islam di Bukit Permai II dan Sungai Seputih.

Menurutnya, ia adalah tidak sesuai dan tidak menghormati orang Islam kerana tapak tersebut merupakan satu lembah, dengan cerun dan ada sungai.

“Tapak yang ada sekarang merupakan tapak pembuangan sampah-sarap, selepas 20 tahun diisi oleh sampah-sarap sebahagian lembah telah menjadi tapak rata.

“Di samping itu, tapak ini merupakan tapak penternakan dan sembelih babi dan hanya ditutup 3 tahun yang lalu,” jelasnya.

See also  HWUM earns recognition for graduate employability

Jenice berkata, dalam syarat draf rancangan MPAJ 2020, tapak perkuburan Islam tidak boleh berbatu, tempat tidak banjir dan tanah rata, tetapi syarat-syarat ini tidak diikuti oleh pegawai MPAJ.

Menurutnya, beliau berpendapat ada pihak di MPAJ tidak memberi gambaran yang jujur kepada kerajaan.

Beliau mendapati penempatan kubur sepatutnya dibina di Hulu Langat antara Batu 11 ke Batu 14, tetapi tapak itu telah dijual kepada pemaju untuk membina rumah mewah pada zaman kerajaan terdahulu di mana tapak yang sesuai telah dijual dan tapak yang tidak sesuai dijadikan kawasan kubur.

Sehubungan itu, saya berharap kerajaan boleh mencari satu tapak yang sesuai dan memenuhi syarat kubur Islam, di samping itu saya sudi menolong untuk mencari tapak yang suci dan menghormati orang-orang Islam,” ujarnya.