Projek Mini Agro untuk miskin tegar di Sugut, Sabah

Projek Mini Agro untuk miskin tegar di Sugut, Sabah

Penduduk miskin tegar di Ulu Lingkabau bakal mengalami perubahan drastik apabila sejumlah RM300 juta ringgit diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi projek pembinaan Mini Agropolitan pada akhir tahun ini.

Penduduk miskin tegar di Ulu Lingkabau bakal mengalami perubahan drastik apabila sejumlah RM300 juta ringgit diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan bagi projek pembinaan Mini Agropolitan pada akhir tahun ini.

Pengumuman ini memberikan harapan kepada mereka untuk keluar daripada kelompok kemiskinan yang membelengu mereka selama ini.

Wakil rakyat Sugut, Surady Kayong (kiri) berkata, projek tersebut melibatkan lebih seribu orang  di dalam kategori Pembasmian Miskin Tegar di mana masing-masing mereka akan mendapat 10 hektar tanah.

Surady berkata, “ Mini agropolitan yang dikendalikan di bawah Badan Pembangunan Tanah Sabah, (SLDB) dikelola untuk menghapuskan kemiskinan tegar sekaligus mempercepatkan pertumbuhan ekonomi luar bandar melalui hasil pertanian yang dijalankan.”

See also  WVM launches 'Right the Wrong' campaign to combat poverty and hunger

Penduduk di kampung tersebut bakal menikmati hasil pendapatan penanaman kelapa sawit dan getah yang akan ditanam di agropolitan tersebut, ujar Surady yang juga merangkap Pengerusi SAWIT Kinabalu.

“ Lebih daripada 5000 orang penduduk daerah Lingkabau akan mendapat manfaat daripada pembangunan mini agropolitan, dan juga melalui cadangan pembinaan jalan raya di daerah tersebut yang menelan belanja sejumlah RM80 juta. Ia sekaligus membasmi jurang kemiskinan antara kawasan bandar dan luar bandar,” kata beliau lagi semasa mengadakan lawatan ke Kampung Lingkabau baru-baru ini.

 

Gary Louis Supi