Masalah peniaga di Sandakan diberi perhatian

Masalah peniaga di Sandakan diberi perhatian

Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Ir. James Wong, berkata bahawa pihaknya mengambil berat masalah yang dihadapi oleh golongan peniaga khususnya yang berkaitan dengan pengeluaran lesen perdagangan yang dilaksanakan mengikut sistem yang baru.

Beliau berkata bahawa, jaminan ini diberi untuk memastikan aktiviti para peniaga berjalan lancar.

Menurutnya lagi, MPS juga akan mempercepatkan tempoh pembaharuan lesen perdagangan melalui penambahan bilangan kakitangan bertugas di bahagian kaunter pelesenan.

Selain daripada lesen perdagangan, beberapa masalah lain yang dikemukakan seperti pengubahsuaian premis dan kerosakan beberapa jalan di daerah ini akibat banjir dan tanah runtuh pada Januari lepas akan turut diberi perhatian.

Gary Louis Supi