Persatuan Teksi Sibu: Buka stesen NGV di Sarawak

Persatuan Teksi Sibu: Buka stesen NGV di Sarawak

Persatuan Pemilik Teksi Sibu mahu kerajaan menimbangkan cadangan mewujudkan stesen NGV di seluruh Sarawak untuk menjual gas asli cecair untuk kegunaan teksi dan kenderaan perdagangan.

Persatuan Pemilik Teksi Sibu mahu kerajaan menimbangkan cadangan mewujudkan stesen NGV di seluruh Sarawak untuk menjual gas asli cecair untuk kegunaan teksi dan kenderaan perdagangan.

Pengerusi persatuan itu, Yu Ching Ling berkata kos yang lebih murah dapat mengurangkan beban kewangan mereka.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata alternatif lain untuk dipertimbangkan oleh kerajaan ialah memberi subsidi bahan api kepada persatuan berkenaan.

“Ini boleh dilakukan sama ada menerusi elaun bahan api bulanan sebanyak 720liter atau mengurangkan harga RON95 dan RON97 kepada kami daripada harga semasa iaitu masing-masing RM1.90 dan RM2.50 kepada 95 sen dan RM1.90,” katanya.

Yu berkata sebelum ini, mereka pernah mendapat elaun diesel bulanan sebanyak720 liter tetapi selepas bertukar kepada teksi baru yang hanya menggunakan gasolin, kerajaan telah menghentikan elaun itu

Beliau berkata rakan setugas mereka di Semenanjung Malaysia masih menikmati subsidi itu.

“Apabila kami dibenarkan menikmati keistimewaan ini, maka kos operasi kami akan berkurangan dan seterusnya pelanggan boleh mengharapkan tambang teksi yang lebih murah. Ini adalah situasi yang menguntungkan kepada kami dan masyarakat,”katanya.

Yu berkata persatuannya akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat tahunan Gabungan Persatuan-persatuan Teksi Sarawak di Kuching dari 10 hingga 12April ini.

Persatuan Pemilik Teksi Sibu, yang ditubuhkan pada 1957, mempunyai kira-kira 200 anggota.

 

— BERNAMA