Aktiviti bersukan bentuk kakitangan cerdas dan cergas

Aktiviti bersukan bentuk kakitangan cerdas dan cergas

Usaha untuk membentuk dan membangunkan kakitangan yang aktif, sihat serta cergas boleh dilakukan melalui aktiviti sukan termasuk futsal yang kini semakin mendapat perhatian.

Usaha untuk melahirkan dan membangunkan kakitangan yang aktif, sihat serta cergas boleh dilakukan melalui aktiviti sukan termasuk futsal yang kini semakin mendapat perhatian.

Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK), Azmi Jusoh berkata majlis juga sentiasa menekankan faktor kesihatan kakitangannya dalam usaha mewujudkan  persekitaran yang efisen di setiap jabatan.

Menurutnya, badan yang sihat secara tidak langsung dapat melahirkan kakitangan cergas seterusnya membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

“Aktiviti yang diadakan ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada kakitangan  untuk menghargai kesihatan disamping mewujudkan semangat kerjasama  di antara  mereka yang terdiri daripada pelbagai jabatan.

“Malah selaku ahli majlis, saya sentiasa memberikan sokongan kepada kakitangan yang mengadakan aktiviti sebegini di kalangan mereka,”katanya ketika merasmikan penutupan Kejohanan Futsal Tertutup MPK 2011 yang diadakan di Real Sports Arena, baru-baru ini.

See also  HWUM students start charity football match for Fugees School

Sementara itu, Pengerusi Kejohanan, Muhammad Faizal Sharifudin  berkata pertandingan  yang diadakan itu mendapat  sambutan di luar jangkaan apabila menerima penyertaan 6 pasukan yang terdiri daripada kakitangan majlis dari pelbagai jabatan.

Menurutnya, kemenangan Pink Killer agak mengejutkan kerana sebelum kejohanan, Kuldud’s  dikatakan pasukan pilihan terutama dengan kehadiran penjaga gol berpengalaman, Zulkifly Abu dan beberapa pemain yang lain.

“Objektif utama kejohanan ini tercapai sepenuhnya dan ia bakal diadakan lagi memandangkan sambutan yang diterima di luar jangkaan  terutama penyertaan daripada kakitangan di sini,” katanya.

Pada kejohanan itu, pasukan Pink Killer muncul juara dengan membawa pulang wang tunai dan piala pusingan setelah menumpaskan Kuldud’s  4-2 pada perlawanan akhir.

See also  Sivasangari awarded special prize money for London Classic win