Bukhary: Jenayah internet semakin meningkat

Bukhary: Jenayah internet semakin meningkat

Peningkatan kadar jenayah komersial dan bukan komersial yang melibatkan medium internet pada masa kini boleh dikaitkan dengan kurangnya pendedahan akan bahaya dan ancaman siber di kalangan pelajar serta remaja.

Peningkatan kadar jenayah komersial dan bukan komersial yang melibatkan medium internet pada masa kini boleh dikaitkan dengan kurangnya pendedahan akan bahaya dan ancaman siber di kalangan pelajar serta remaja.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Bukhari Yahya berkata, akibat kuranganya pendedahan tersebut telah menyebabkan golongan ini tidak peka terhadap ancaman yang wujud di dalam penggunaan internet.

Ketika berucap di Seminar Kesedaran Keselamatan Dalam Internet Anjuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di 2 In 1 Hotel di Sandakan kelmarin, Bukhari berkata, adalah amat penting bagi pendidikan berkaitan jenayah tersebut dipertingkatkan di kalangan pengguna internet bagi menangani ancaman yang semakin berleluasa.

” Kadar jenayah komersial dan bukan komersial yang melibatkan medium internet turut meningkat pada masa kini berikutan pertambahan bilangan pengguna internet dari semasa ke semasa,” ujar Bukhary.

” Ini membabitkan penipuan bagi memerangkap pengguna yang alpa dan tidak peka kepada perkembangan semasa kecanggihan alam siber,” katanya lagi, sambil menambah ancaman siber masa kini telah membawa kemusnahan membabitkan perniagaan dan kerajaan selain daripada infrastruktur kritikal seperti institusi kewangan, industri pengangkutan dan kesihatan.

Justeru itu, beliau mengingatkan pengguna internet akan keperluan tahap kesedaran yang tinggi agar mereka lebih bersedia didalam menghadapi sebarang ancaman bahaya internet dalam era globalisasi

Gary Louis Supi